Di kala Hujan Turun  

Posted by John alFarouq



Alhamdulillah...

Ucapan kesyukuran ke hadarat Ilahi yang tiada henti. Di saat ini, hujan turun agak lebat sementara aku masih berada di Masjid KOM. Antara waktu yang mustajab doanya. Hati kecil mula berbisik, Ya Allah ampuni dosa ku, dosa kedua ibu bapaku, adik beradikku, sahabat-sahabatku dan seluruh ummat Islam. Ampuni dosa kecil besar, sedar tak sedar, dosa dahulu, kini dan masa hadapan. Berilah rahmat kepada kami dan murahkan rezeki kami. Ya Allah, hanya Engkau tempat aku mengadu dan meminta pertolongan. Jangan Kau palingkan dari mendengar rintihan hambamu ini kerana aku tiada punya siapa-siapa melainkanMu. Amin Ya Rabbal A'lamin..



Melihat sang kucing tidur kesejukkan dalam ribaanku, aku masih lagi tertanya-tanya. Adakah kamu punya kerisauan? Adakah kamu amanah yang perlu dipikul? Dan adakah kamu akan dihisab? Takut untuk aku menjawabnya. Mempunyai sedikit ruang untuk menulis kerana diri terlepas beban amanah baru-baru ini. Apakah yang Allah rencanakan untukku? Aku tiada jawapan namun apa yang pasti itu yang terbaik buatku. Mungkin menyuruhku melebihkan masa untuk pelajaranku.Mungkin..

2 Minggu Yang Lalu


Kekalutan yang amat sangat dalam hidupku. Gathering raya, dua buah gerai, committee IKOD dan nomination day. Berat hati ini ingin menulis saat yang berlalu itu keseorangan. Takut-takut air mata menitis lagi. Di saatku hampir putus asa, Engkau menghantar beberapa orang membantuku. Antaranya Mohd Farhan, adik-beradikku dari Ikhwanul Aminin. Itulah pertolongan yang tiada terbayang dek minda. Datang tidak semena-mena dari Kuala Lumpur. Aku tidak menafikan adanya sahabat-sahabat disini tapi itulah kuasa Allah. Tapi masih ada suara sumbang yang berbunyi. Tanyalah aku untuk kefahaman wahai sahabat tentang rentetan panjang minggu-minggu itu.

" Sesungguhnya prasangka itu sebahagian dari dosa"

Ungkapan keramat yang amat sukar dilakukan mereka termasuk diriku. Apa yang perlu dilakukan oleh diri, kurangkan bercakap. Buat mereka, jangan membuka pekung untuk orang lain berprasangka. Indahnya Islam jika diamalkan...Allah memuliakan aku kerananya. Akhir kalam, diri ini sukar tersenyum namun hatiku berbunga jika melihat orang lain tersenyum. Maka senyumlah wahai teman.

Insan Hina diSisi Tuhannya
Masjid Kulliyyah of Medcine
17hb10 2010 2330






This entry was posted on Sunday, October 17, 2010 at 7:57 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment