Mengembalikan Kegemilangan Ma'ahid  

Posted by John alFarouq



"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa Putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama)?.' Pengikut-pengikut yang setia itu berkata 'Kamilah penolong-penolong agama Allah'......." (As-Saff:14)

Cadangan Membuka Stall AMAL (Ma'ahid) Sempena IKOD'10

Objektif
  • Menjana Ekonomi AMAL Ma'ahid
  • Membina Ukhuwwah Ahli AMAL
Nama Gerai: Ma'ahid

Sponsor
  • AMAL Kuantan
  • AMAL Gombak
  • Ex-Officio AMAL Ktn
Core Product : Nasi Kerabu dll.

PIC : PM- Anis Zarime APM: Nuruddin
Faisal, Azrol, Abe, Badruddin, Saifuddin, Fatimah, Hasanah, Mardhiyyah, Najwa, Hidayah

Bismillah,

Semoga ahli-ahli amal berada dalam keadaan sihat sejahtera. Beberapa tahun berada di bumi Kuantan menjadikan kita semakin matang berbanding berada di alam matrikulasi. Berbagai dugaan dan cabaran telah kita tempuh bersama. Dalam keadaan kita masih mentah pada masa itu, namun dengan sedikit pengalaman kita masih mampu berusrah, berdikir, berijtima' dan paling penting berjaya membuka gerai MADANA bersama Perdana. Dengan itu, ana Mohd Faisal, Presiden AMAL kuantan menyeru kepada semua ahli AMAL samada yang tercatat diatas ataupun tidak bersama-sama merealisasikan cadangan membuka gerai AMAL. Tanpa kerjasama dari antum semua, amatlah mustahil bagi kita untuk menggerakkan sebuah pertubuhan yang unik ini. Untuk maklumat bolehlah hubungi ana sendiri, Anis atau Azrol.

Salam perjuangan buat sahabat semua,
Jazakallahu khairan kathiira.

"Jangan Jadikan AMAL berjasad tanpa Ruuh"


Luahan Hati  

Posted by John alFarouq


Ibnu Mas'ud menyebut,
" Orang mukmin melihat dirinya yang berdosa seperti ia berada dibawah bukit, takut bukit itu menimpa dirinya. Sedangkan orang munafik melihat dosanya seperti lalat yang singgah di hidung"

Ya Allah yang Maha Pengampun, ampuni dosa hambamu ini. Ya Rasulullah kekasih hati, selawat dan salam keatasmu dan juga ke atas ahli keluargamu seluruhnya. Menyingkap hidup akhir-akhir ini, dahi akan mula kerut berfikir. Inginku luahkan pada manusia, tiada sampai hingga ke hati. Ingin ku luahkan pada alam, bahasa mereka tidak dapat kufahami. Justeru, semua kini terbuku, terkunci didalam kotak hati.

Sungguh, sebaik-baik manusia juga sukar untuk memahami manusia. Maka, tiada yang lebih tepat untuk mendalami masalah manusia melainkan Sang Pencipta. Dia yang tahu kelebihan dan kekurangan induvidu. Menangis hati dan jiwa menulis kisah ini. BukanMu ingin mendera seorang Ibu ini dengan kematian seorang demi seorang ahli keluarganya. Tapi Kamu merindu mendengar pengaduan Ibu ini kepadaMu. Meluahkan kesedihan dan penderitaan diri. Kisah yang terungkap pengabdian seorang hamba semata-mata hanya untuk Allah.

Dan Aku? Aku cuba mengejar manusia untuk merasa apa yang aku rasa. Mengalunkan luahan, mengharapkan simpati? Mungkin. Tapi sedarlah, hanya Allah sahaja yang makin dipinta makin mendengar. Terbalik dengan fitrah manusia. Oleh itu, masih tidak sedarkah akan diri? Mengejar cinta manusia, menduakan cinta Allah. Istighfar buat diri. Walau amalan hampir begitu, namun bukan itu matlamatku. Manisnya bercinta dengan Allah sepatutnya dirasai. Ayuh wahai teman, pilihlah jalan sunyi bersama Allah dari keramaian umat manusia. Sedarlah sekali lagi, dengan mengiati Allah hatikan menjadi tenang. Allahu Akhbar...

Insan yang hina diSisi Tuhannya
28hb9 2010
Baiti Jannati

"Jangan Kamu Matikan Hati ini Ya Allah"

MenJelang daN SeLepas Raya  

Posted by John alFarouq

Salam Lebaran buat sahabat-sahabat seperjuangan. Ampun dan maaf dipinta andai diri ini pernah menyinggung perasaan kamu semua sama ada dengan sengaja ataupun tidak. Pernah kucuba menahan bulan Ramadhan supaya tidak pergi meninggalkan aku. Pegangan tanganku dengannya terlerai apabila seseorang berkata kepadaku, kita tidak boleh mengubah sunnatullah melainkan berdoa mengikut syaria'tullah. Subhanallah, tersentak dari tidur aku dibuatnya. Maka aku cuba mengisi hari-hari terakhir Ramadhan dengan sesuatu. Usrah Ikhwanul Aminin! Itu yang belum tertunai lagi saat itu. Sedikit perancangan diatur bersama sahabat untuk berusrah di qariah Ramadhan yang telah sebulan berkampung di perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-4. Alunan suara Sheikh Ramadhan dan Sheikh Rejab mendamaikanku. Tazkirah Ustaz Saibon sedikit kepedasan menyegarkanku. Semua itu hanya dapat kurasakan kelainan apabila bertaraweh di bumi kelantan.

Malam itu, seusai solat, bermula sekali lagi usrah kami. Tidak ramai yang hadir, namun kepenatan Shafiq yang tetap datang ke usrah walaupun baru tiba di Kota Bharu selepas berbelas jam bertolak dari Bangi memberi kami senyuman yang puas. Malam itu kami membawa dua usul untuk dibincangkan. Pertama, aku menimbulkan persoalan bahawa ahli usrah kami telah berubah. Ukhuwwah kami kini hanya bertaut hanya pada tali yang terakhir iaitu tali akidah yang sama. Adakah kamu redha dengan perkara itu? Persoalan yang ku ajukan pada setiap yg hadir. Ada yang mengatakan redha, ada yang mengatakan sebaliknya bersama hujah yang bernas. Aku tersenyum. Apabila meningkat dewasa, beginilah jadinya. Tambahan pula setiap orang mempunyai negara sendiri di kampus masing-masing yang perlu ditadbir. Usul kedua Farhan mengetengahkan masalah adik-adik di peringkat sekolah. Setelah lama meninggalkan halaman Ma'ahad Muhammadi, namun cerita-cerita masih sampai ke telinga. Sebagai, sesuatu perlu dilakukan apabila turun ke sekolah nanti.




Apabila menjelang raya. Hatiku merimbun sayu. Ramadhan pergi, Lailatul Qadr pergi. Di hujung bibir masih ada sedikit senyuman kecil menyambut kemenangan diri. Cuti pun berlalu, tiada lagi tidur lena dan nyaman selepas pulang ke kuantan. Gambaran bebanan kerap terbayang di fikiran. Sesuatu yang tidak elok dilayan. Apa yang perlu ialah menulis penyelesaian di helaian kertas dan melaksanakan. Tiada lagi teman-teman IA disisi untuk berkongsi cerita dan masalah. Lalu Allah menegurku dengan sebuah pesanan ringkas dari seorang sahabat mengenai kata-kata as-Syahid Syed Qutb,

"Sesiapa yang mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka..jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia batinnya dengan Allah. Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang beriman, meraka akan tetap berhati teguh, dikala insan lain mengalami kegoncangan."


Subhanallah..Indah sugguh ucapan beliau hingga bisa menggoncang para hati yang kebebasan, sedangkannya di sebalik jeriji besi. Seorang teman pernah mencabar dalam usrah, adakah kamu pendokong agama atau sekadar suka bepersatuan. Mencari insan yang gah di siang tapi zuhud di malam hari amat sukar. Dalam usaha carian itu, yang bongkak dan sombong itulah yang ku jumpa. Akan tetapi, kepercayaan ku jelas..dalam keributan itu pasti ada sekumpulan pemuda seperti pemuda al-kahfi. Jangan ditanya berapa ramai bilangan mereka, dua puluh, atau tiga puluh tetapi telitilah pergerakan meraka yang bersikap keras pada musuh tapi lembut pada saudara seperjuangan. Moga-moga tarbiyah Ramadhan berkekalan hingga ke Syawal membawa ke sepanjang zaman. Ameen


Insan yang hina diSisi Tuhannya
24hb September
Baiti Jannati
0106

Tribute Buat Sahabat & Sebentuk Cincin Perak  

Posted by John alFarouq


Ramadhan semakin genting. Syawal tanda kemenangan kian melambai-lambai pada para pejuang penentang nafsu. Banyak majlis kian diatur selari dengan kemenangan tersebut. Termasuklah majlis-majlis perkahwinan sahabat sama ada mereka sendiri ataupun ahli keluarga.

Hatiku berbunga melihat kegembiraan mereka untuk menyempurnakan sebahagian daripada iman. Cemburu pada ibadah mereka menjentik-jentik hati kecilku. Tatkala itu, diriku yang kerdil ini terdetik untuk meluahkan harapan para pemuda mukmin terhadap seluruh kaum bergelar Hawa ini.

Hadith ada menyebut bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selepas membaca hadith ini, secara kasarnya terbahagilah kaum Hawa kepada empat golongan. Maka semakin mengecillah jumlah kaum Hawa tadi (yang menjadi harapan pemuda mukmin) kepada satu jumlah yang kita boleh katakan terlalu sukar untuk ditemui. Dan dari jumlah itu pula, ruang lingkupnya wanita beragama kian menjurus kepada insan yang dikenali oleh seseorang pemuda itu. Allah berfirman dalam Al-Quran:

" Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu."

(04:01)

Dalam hadith shahih pula ada menyebutkan:

“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.”

(HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)

Rentetan dari mereka yang dikenali oleh pemuda itu, diciptakan seseorang dari dirinya sendiri seorang wanita. Wahai sahabatku Mohd Naim Bin Rahim, maka berbahagilah engkau dengan pilihan yang terpilih dari seluruh kaum Hawa untukmu. Moga ikatan yang bakal terselit kegembiraan, ketenangan dan kecemburuan itu mendapat redha dari Allah. "Barakallahu lakuma, wa baraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fil khair."

Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka kerana masih tidak berpeluang menjejaki sahabatku ini. Andai Rasulullah pernah menikahkan sahabatnya dengan mahar sebentuk cincin besi atau selembar hafalan Al-Quran dan masih ada wanita yang menyambutnya..Maka aku yang hanya ada sebentuk cincin perak dan sepotong ayat hafalan, adakah masih ada muslimah abad ini yang sanggup menyambutnya??? Jawapanku buat masa ini,Tiada...


Insan Hina diSisi Tuhannya

Masjid Ampuan Afzan dan Teratak Bujang

0825 3hb9 2010