Kekuatan Jiwa Diperlukan  

Posted by John alFarouq


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Hidup dan matiku dalam penguasaanNya. Dia yang mentadbir alam tanpa bantuan. Mengutuskan para Rasul dan Nabi buat manusia sepanjang zaman sehinggalah kepada kerasulan Nabi Muhammad saw. Tiada patut aku melebihi kasih sayang melainkan hanya pada Baginda.

Detik yang berlalu ini, sepatutnya memberi sedikit ruang bernafas buatku. Namun, aku masih merasa keadaan yang sama. Sukar mencari masa lapang. Dalam keadaan sedar, benarlah Allah menyayangiku. Dia memperkenankan permintaanku agar tidak merasa terlalu lapang kerana aku mudah lalai. Kesempitan masa, tenaga, daya dan sebagainya selalu mengiatkanku padaMu ya Allah. Tidak mahu aku dalam keadaan senang-lenang melainkan Engkau bersamaku.

Petang tadi, sesudah solat asar..terpandang akan aku seorang pakcik tua lagi bongkok. Nak kemana hendaknya bisik hati kecil ini. Aku memerhati sambil menghidupkan motorku. Menghampiri tubuhnya, aku mengajukan soalan. Hendak ke mana pakcik? Hendak ke depan tu je. Jawabnya. Dan tawaran menaiki motorku ditolak. Sambil berbahasa dengannya, aku pergi. Tapi hatiku sedih. Melakukan kebaikan juga perlu mendapat keizinan dari Allah. Bukan semua benda dalam kekuasaan kita. Peristiwa ini amat terkesan pada jiwaku di saat ini. Teringat kata-kata kehairanan kawanku kerana aku katakan padanya yang aku 'benci' melihat kisah Bersamamu di tv3. 'Benci' kerana melihat kesusahan orang lain tapi tidak dapat membantu. 'Benci' melaungkan kehinaan pada kes orang buang bayi tapi tidak dapat membuat apa-apa. Perbincangan begini mungkin akan bertambah panjang dan aku yakin ada yang mengatakan buatlah sekadar yang kamu mampu seperti menyedarkan masyarakat. Tapi isi penting yang cuba ku ketengahkan disini adalah semua amal perbuatan kita adalah dibawah kekuasaaan Allah.

Dan kekuasaan Allah itu pula ditaklifkan di atas bahu manusia sebagai khalifah di muka bumi. Sebaliknya, hanya beberapa kerat sahaja yang sanggup memikulnya. Hanya beberapa kerat yang memikulnya sanggup melaksanakannya. Hanya beberapa kerat yang melaksanakannya benar-benar ikhlas dan tidak futur. Melihat keadaan ini, dimanakah tempat ku? Yang paling aku harapkan aku bukanlah dari golongan yang langsung tidak menyedari kewujudan hakikat-hakikat tersebut.

(Berhenti menulis kerana maghrib semakin hampir)

Allah Memujukku

Selepas mengemas laptop dan barang-barang, aku bergerak ke kenderaan. Mata aku terpandang pelajar 1st year sedang menunggu seseorang. Aku bertanya hendak ke mana dan sedang menunggu siapa. Menunggu kawan tapi belum pasti datang jawabnya. Akhirnya, aku menghantar dia pulang. Subhanallah...Allah seakan-akan mendengar rintihanku. Menebus kembali 'kegagalan' pertama sebentar tadi. Kemudian, aku singgah di Masjid Afzan untuk solat maghrib. Sekali lagi lagi hatiku tersentak dengan alunan sang Imam..

" Demi waktu Dhuha...dan demi malam apabila telah sunyi. Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu. dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu dari permulaan....." (Surah Ad-Dhuha)

Dingin hatiku senja ini. Apa lagi yang engkau mahukan wahai diri sebagai hamba? Allah takkan sesekali meninggalkanmu melainkan engkau yang bersikap begitu. Ketahuilah, kadang-kadang diri ini lemah dikala keseorangan. Ingatlah, hanya Allah yang memahami akan hamba-hambaNya.

Katakanlah (Muhammad), " Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapapun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engakaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu." (2:26)

Siapalah aku disisiMu ya Allah. Bukanlah kerana orang melihat kita mulia maka mulialah kita, Akan tetapi Engkaulah yang menutup aib-aib kami. Maka ampunilah diri kami ya Allah....amin.



Insan Hina diSisi Tuhannya
Baiti Jannati
20hb10 2357






This entry was posted on Wednesday, October 20, 2010 at 2:58 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment