Merai'kan Pendapat  

Posted by John alFarouq



Analogi Pertama:


Ali : Apa kata bola sepak dibenarkan menggunakan tangan bagi semua pemain.
Abu : Isssh ko ni!! mana boleh main bola pakai tangan.
Ali : aku cakap je kot2 boleh.
Abu : Taaaak! tak boleh. mana logik main bola pakai tangan.
Ali : Yela..yela

Analogi Kedua:

Ali : Apa kata bola sepak dibenarkan menggunakan tangan bagi semua pemain.
Abu : Seronok ke gitu??
Ali : Seronok r..
Abu : Aku rasa kan, peraturan bola sepak yang diguna pakai skang masih lagi relevan arr. Nanti hilanglaa identiti bola sepak itu sendiri.
Ali : Aku cakap2 je..kot2 boleh
Abu : Tapi kan, kalau jadi ape yang ko cakap, ok jugak kan. Baru ada pembaharuan haha
Ali : Tau takpe haha


Sukar untuk diri ini mengungkapkan situasi-situasi dalam kehidupan kita sekarang. Hanya dengan analogi mudah ini, moga-moga dapat kita terjemahkan maksud yang tersirat dalm perbualan dengan 2 situasi berbeza.Samada ia berbual2 mesra, atau berbual2 'mesra' sesama kita.
Sebelum itu, inginku berkongsi mengenai cara pemikiran manusia berdasarkan cara fikir otak kanan dan otak kiri..


Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik spt :
a)kemampunan bercakap
b)kemampuan berbahasa
c)membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya.

Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis.

Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat: a)artistik
b)kreativiti
c)perasaan & emosi
d)gaya bahasa
e)irama musik
f)imaginasi & fantasi
g)warna
h)pengenalan diri dan orang lain serta hubungan sosial
i)pengembangan keperibadian.

Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.

Adakah salah jika ku katakan Abu dalam analogi pertama cenderung menggunakan otak belah kiri. manakala Abu dalam analogi kedua cenderung menggunakan otak belah kanan. bagiku orang yang menggunakan otak kiri akan teruja dengan angka..1+1=2. Orang yang menggunakan otak kanan akan bersikap kreatif..1+1=11. Namun, apa yang aku bimbangkan jika kita terlalu memikirkan cara otak berfikir tanpa memikirkan waqi' sekeliling. Pada masa yang sama, aku juga tidak boleh menafikan yang kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan.

Seperti yang tertulis pada tajuk, aku mengutarakan isu merai'kan pendapat sesama sahabat. Walaupun kajian scientific menunjukkan perbezaan cara dalam menghadapi sesuatu situasi berdasarkan kecenderungan daya fikir, namun ini tidak bererti kita boleh menolak pandagan orang lain sesuka hati. Dalam merai'kan pendapat sahabat, ini memberikan kesan yang besar dalam hidup bermasyarakat agar kita tidak dilihat sebagai sombong, keras kepala dan sebagainya. Rencana ini adalah kesinambungan tajuk sebelum ini iaitu 'berjiwa besar dan berlapang dada' tapi dilihat dari sudut yang berlainan.

Sambil menulis, diriku terbaca akan kisah peperangan uhud. Apabila kaum Quraisy membuat perancangan menyerang Madinah, Nabi Muhammad saw memanggil para sahabat untuk bermesyuarat.Ada dua pendapat mengatakan untuk berperang di dalam kota dan di luar kota. Desakan begitu kuat untuk berperang di luar kota menyebabkan Baginda terpaksa menerima biarpun lebih cenderung bertahan di dalam kota sebelum menyerang. Para sahabat yang berasa bersalah mendesak Nabi sahaya berkata apabila melihat Nabi telah bersedia dengan baju besi dan senjata.."Biar di sini sahajalah wahai Rasulullah. Kami tidak lagi dengan pendapat dulu. Sekiranya Rasulullah ingin pertahankan di dalan Madinah pun tidak mengapalah. Jawab Rasulullah saw : " Tidak seharusnya seorang Nabi yang telah memakai baju besi untuk berperang menanggalkan pula, hinggalah berperang."

Di sini kita lihat seorang Nabi kekasih Allah masih menerima pendapat para sahabatnya sedangkan Nabi mempunyai kuasa penuh sebagai seorang Jeneral Perang untuk membuat keputusan. Apatah lagi kita yang cetek ilmunya dan banyak dosanya layak mengatakan hanya pendapat kita sahaja yang betul tanpa merai'kan pendapat orang lain.

Sedikit penyelesaian yang boleh diambil adalah menyeimbangkan kerja otak kiri dan kanan melalui kebiasaan. Misalnya dengan menikmati musik dan kesenian, menikmati warna, ruang dan bentuk, menghargai kreativitas dan menghargai kepekaan perasaan. Di samping itu, kita juga perlu menjaga hubungan dengan sahabat kita berdasarkan ajaran Islam tanpa cenderung kepada prinsip kita yang mungkin benar dan mungkin silap.

Dr. Tariqurrahman ada mengatakan " Dont ever evaluate Islam with Science."

Ikutilah kaedah Islam walaupun science membuktikan sebaliknya. Hanya Allah yang tahu fitrah hamba-hambanya.

Wallahua'lam..

-Mari Renungkan Bersama. Sayangilah Sahabat Anda-



This entry was posted on Wednesday, January 27, 2010 at 8:24 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment