Berjiwa Besar  

Posted by John alFarouq



Dalam kehidupan seharian, memang tak lepas dalam berurusan dengan manusia. Berurusan dalam sistem jual beli, pembelajaran, pentadbiran dan sebagainya. Ini melibatkan banyak pergaulan kita dengan sahabat2 kita, penjual dan pembeli, teman2 sekuliah dan ramai lagi.

Aku hanya manusia yang lemah, suka melihat suasana dan gelagat manusia. boleh dikirakan ak ni as a "human reader"..huhu. Memahami psikologi seseorang melalui sifat2 mereka.Namun, melalui pengalaman yang cetek dan xpenah pergi ke kursus psikologi manusia membuatkan aku menafsirkan sesuatu berdasarkan kefahaman ku sendiri. Banyak kelemahan, mgkin benar dan mgkin juga silap.

Sebelum membicarakan tentang manusia lain, aku mempunyai sifat dominan ku sendiri. suka menegur teman2 ku. "tegur" ni xrefer pada mksud yang sebenar, tiada kata2 yang selayaknya menggambarkan peristiwa yang berlaku. Namun niatku hanya satu, ingin yang yang terbaik untuk sahabatku.

Namun, proses penerimaan manusia berbeza mengikut sifat mereka,suasana semasa, isu yang dibangkitkan hatta cara teguran.membicarakan tentang semua ini membuatkan penulisanku akan meleret2 ntah ke mana. Namun aku nak bawak kepada isu pokok, apakah niat kita apabila menegur kesilapan teman2 kita.

Aku berfikir sejenak, adakah kita mendapatkan sesuatu keuntungan apabila menegur kesilapan seseorang??? Mungkin ya, mgkin tidak. Tapi yang pasti tiada keuntungan wang tunai mahupun harta benda.Pangkat jauh sekali...ada satu Hadis mengatakan..

"sesiapa mengatakan Tiada Tuhan Selain Allah Adalah Dai' "

Ayat ni membuatkan ku tak jadi dari mengubah sikap dominan ku untuk menjadi pasif. sesetengah insan lebih suka hidup dalam dunia mereka sendiri..adakah aku dapat jadi seperti itu. Wallahua'lam

Bermula dari situ, maka timbulah satu statement yang membuat jiwaku menjadi tak keruan.Apakah dimaksudkan berjiwa besar...Saling menasihati sgt dianjurkan dalam Islam.melalui surah Al-asr yang selalu kita baca ada menyebutkan..

" Berpesan2 dengan kebenaran, Berpesan2 dengan kesabaran"

Namun, apa yang perlu dalam mengaplikasikan ayat diatas adalah berlapang dada dan berjiwa besar, kepada yang ditegur mahupun yang menegur. Fitrah manusia sememangnya mempunyai sifat keegoan walaupun secebis cuma, merasa terkilan, sedih, marah antara sifat2 yang mungkin dirasai oleh orang yang ditegur...Sebaliknya bagi yang menegur juga perlu berjiwa besar dan berlapang dada, mungkin kita akan dipinggirkan, dipulau atau dibenci.

Atas dasar ini, suka untuk aku tujukan dua sifat ini (berjiwa besar dan berlapang dada) kepada orang yang ditegur dan menegur. Mudah-mudahan amalan ini dapat menyuburkan ukhuwwah sesama manusia dan membaiki,meng'upgrade'kan amalan kita di masa hadapan. Alangkah indahnya hidup dalam suasana Islam yang sebenar2. Berpesan2 kerana kebaikan dan kasih sayang. Allah juga pernah membuat teguran kepada manusia kerana kasih sayang pada hambaNya.. Bersama kita mengimbau kembali kisah peperangan hunain...

" Dan (ingatlah) di hari (peperangan) Hunain, iaitu di saat kamu menjadi sombong kerana banyaknya bilangan kamu, maka bilangan yang banyak itu tidak memberi sebararang faedah kepada kamu-terasa sempit buat kamu bumi yang luas ini, kemudian kamu lari ke belakang porak peranda-kemudian Allah menurunkan Sakinah kepada RasulNya dan kepada Mu'minin, dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak dapat melihatnya dan Allah menimpakan bencana azab kepada orang kafir,sesudah itu Allah menerima taubat dari orang2 yang dikehendakinya. Dan Allah amat pengampun lagi amat penyayang."(At-Taubah:25-27)

Bagaimana pula perasaan kita bila ditegur oleh Pencipta kita?????

-Tinta Seorang Lemah Lagi Hina Disisi Tuhannya-




This entry was posted on Sunday, January 24, 2010 at 2:25 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment