...tinta pena nan kering  

Posted by John alFarouq


Assalamua'laikum..


...tinta pena nan kering
tiada lagi istiqomah indah di laman ini
ku intai-intai di laman yang lain
begitu jua

...tinta pena nan kering
adakah jejari runcing tiada upaya
menulis serangkap peringatan
atau minda kian lemas
tiada idea

...tinta pena nan kering
ilmu di dada diluah semua
ditambah tidak dicari tidak
sehingga membina alasan
dek kerana

...tinta pena nan kering
begitu cetek ilmu manusia
tidak tertanding ilmu Pencipta
tujuh lautan walau ditambah
Tinta pena selamanya basah

John AlFarouq
Mahallah Talhah
0015
3Dis2011

This entry was posted on Friday, December 2, 2011 at 7:54 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment