Maaf Tak Terungkap...  

Posted by John alFarouq




Selawat dan salam keatas Junjunganku Nabi Muhammad saw serta Sahabat dan keluarga baginda. Menyayangi Baginda satu kepastian hingga tiap jejaknya ingin ku turuti. Namun, diri ini bersifat lemah lagi lupa..Ampuni aku ya Allah.

Jika disebut amarah, tiap insan memilikinya. Namun tahapnya berbeza-beza mengikut induvidu. Sesetengahnya menjadi ujian besar buat diri kerana mudah akan marahnya. Tapi Allah Maha Adil, setiap yang sukar pasti ada ganjaran. Dikisahkan Nabi terdahulu menerima wahyu supaya memakan benda yang pertama Ia jumpa dalam sebuah perjalanan. Maka didalam sedarnya, Nabi tersebut bertemu sebuah bukit hitam yang mengecil pabila didekati sehingga menjadi sebesar buku roti. Lalu dimakannya dan ia lebih manis dari madu. Antara pengajaran, Allah menggambarkan benda yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. http://achikmujahid.blogspot.com/2011/01/pelik-tp-ketahuilah-hikmahnyer.html

“Laa Taghdob, Laa Taghdob..” seolah-olah Nabi telah mengatakan padaku saat ini dan bukan pada lelaki yang bertanya pada zaman Baginda. Malunya ditegur Nabi saw. Itulah aku. Selepas gunung berapi itu meletus, aku bagaikan mengutip kembali serpihan batu-batu yang bertaburan selepas letusan. Penat..ya amat penat sekali. Kala malam menjelma, aku mengadapMu ya Tuhan. Tebal pipiku kerana malu dan panas mataku menahan sendu. Rintihanku mengatakan, adakah marahku ini keranaMu ya Allah? Adakah marahku ini keranaMu ya Allah? Atau sekadar mengikut nafsuku? Dan Engkau telah menjawabnya….

Monologku padaMu ini, walau keluar air mata darah sekalipun semua itu telah berlalu. Aku merencana, Engkau juga merencana tapi Engkau sebaik-baik Perencana. Maka huluran maaf adalah yang terbaik. Baik dariku atau mereka, seelok keduanya. Siapa yang bersalah usah diobjektifkan. Allah berfirman;

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

Ungkapan itu andai tak terungkap sekalipun, biarlah semua memahaminya dengan gerak gaya atau lenggok bahasa. Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda,

“Tiada berkurang harta karena sedekah, dan tiada Allah menambah seseorang kerana (mahu) memaafkan kecuali kemuliaan, dan tidak ada seorang hamba pun yang tawadhu’ (merendahkan diri) kerana Allah kecuali Allah akan mengangkatnya.” (Muslim no. 2588)

Nabiku Nabimu…ajarannya selalu kita pertahankan bersama. Benarkan sahabat? Maka sambutlah tanganku..Andai tak terjawab maka runtunlah hatiku..Nabi saw bersabda,

“Mahukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang menzhalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu.” (H.R. Baihaqi).

Lembutnya kata-kata Baginda. Tiap kata-kata merupakan wahyu. Kalam Tuhan untuk hambanya. Bisakah kita mendambakannya? Inginku menjawabnya dengan keyakinan. Tapi satu pintaku, jangan Kau ubah sifatku. Cuma letakkan ia ditempat selayaknya. Andai satu masa Islam dihenyak oleh sang pendurhaka Tuhan…Maka hantarlah aku menjadi orang pertama di barisan hadapan berdepan mereka. Kerana inilah sifatku biar dadaku menjadi benteng dan amarahku menjadi api membakar meraka…Saat itu aku redha, kerana marahku keranaMu Ya Allah!!! Amin…Amin…Amin



Insan Hina diSisi Tuhannya

Baiti Jannati

14hb3 2011 00:03

This entry was posted on Sunday, March 13, 2011 at 9:04 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment