Siapa Yang Pemurah  

Posted by John alFarouq


Sesungguhnya Allah telah berfirman (dalam hadis qudsi) seraya berkata:

"Wahai hamba-Ku, apabila engkau telah bertaubat kemudian engkau membatalkan ikrarmu, maka janganlah merasa malu untuk kembali kepada Kami buat kali kedua kalinya maka janganlah engkau terhalang oleh perasaan malu untuk mendatangi Kami buat kali ketiga. Kembalilah kepada Kami walaupun untuk kali keempat kalinya. Kerana Aku adalah Tuhan Yang Maha Pemurah tidak pernah bersifat kikir sama sekali. Aku adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf dan Lambat Marah(halim) tidak suka bergegas dalam memberikan seksaan dan balasan. Aku Tuhan yang suka menutupi dan menyembunyikan (aib) orang yang berbuat maksiat, sentiasa menerima orang yang ingin bertaubat, memaafkan orang yang melakukan kesalahan, menaruh belas kasihan terhadap orang yang menyesali kesilapannya. Aku adalah Tuhan yang Maha Pengasih daripada semua yang bersifat pengasih. Siapakah yang pernah mendatangi pintu rahmat Kami lalu Kami tolak? Siapakah yang pernah memohon perlindungan kami lalu Kami usir? Siapakah yang bermaksud bertaubat kepada Kami lalu Kami tidak menerimanya? Siapakah yang pernah memohon sesuatu kepada Kami lalu kami menghampakannya? Siapakah yang memohon kemaafan daripada dosa yang dilakukannya lantas Kami tidak memberi keampunan kepadanya? Aku adalah Tuhan yang mengampunkan segala dosa, menyembunyikan cacat cela, menghulurkan bantuan kepada orang yang ditimpa malapetaka(termasuk bencana dosa dan noda), menaruh belas kasihan terhadap orang yang menangisi dan meratapi dosanya. Dan aku adalah Tuhan yang Maha Tahu perkara yang Ghaib"

Laguku Buat SahaBat  

Posted by John alFarouq


Hargailah..teman-teman disampingmu
Agar Tidak kau merasa sunyi
Kala dinihari ku rasai nikmatnya cinta
Yang terbina di atas rahmat yang Maha Esa

Pernah dulu ku rebah ke bumi
Jatuh tiada tempatku berteduh
Kelam gelisah menghimpit di kalbu
Rasa tak berdaya kesorangan ditimpa..dugaan

Kau hadir bagaikan cahya di malam gelita hahahaaa
Hadir bersama sinar cahya rembulan
Menerangi hatiku yang sedih mengundang pilu
Engkaulah teman penyuluh hidupku

Setiap pertemuan biarlah berkekalan
Kenangilah sebuah persahabatan
yang disingkap melalui perkenalan
Indahnya jika kita bersama..ke akhirnyaaa


Lirik : aCHik_sd
Lagu: aCHik_sd



Lagu yang tercipta buat sahabatku. Bertemu kerana kehendakNya, berpisah pun kerana kehendakNya. Dalam menghadapi mehnah dan tribulasi ini, teman adalah tempat berkongsi suka dan duka,tempat berkongsi masalah, tempat melontarkan buah fikiran. Disaat kita merasai kesunyian, ia hadir membawa khabar gembira. Sukacitanya, ku hadiah selembar kata-kata lagu ini buat temanku naim dan yang lain-lain. Lagu yang dicipta sejak di matric lagi meggambarkan kecintaan pada sahabat. Terimalah lagu yang telah diberi nama oleh salah seorang teman baikku..."caHaya SeoRang teman"

Ku akhiri dengan sebuah lagu tema hidupku..

Jika ada Cinta dihatimu
Jika ada Rindu dijiwamu
Semaikan Cinta dan Rindumu
Hanya untuk Tuhan

-aCHik feat Etika-
(http://www.youtube.com/watch?v=pXhf-zOkP-s)

- HIJRAH -  

Posted by John alFarouq


Bermulanya aku menulis tajuk ini adalah pada malam 'talk' bersama Ust Syaari Abd Rahman yang membongkar pergerakan Freemasom di dunia. Hajatku sambil memdengar sambil menghabiskan kisah hijrah ini tidak kesampaian kerana agak tertarik dengan hadis-hadis Rasulullah saw yang kita cintai mengenai kedatangan dajjal al-masih. Dengan kekangan masa yang menghikis waktu, membuatkan diriku kekeringan idea untuk menterjemahkan maksud hijrah itu sendiri. Kurangnya rujukan kali ini, ingin aku nukilankan seringkas mungkin berdasarkan pemikiranku yang tipis.

Hijrah?Hijrah? Hijrah? Bila kita menyebut akan hijrah, tidak dapat tidak pasti akan terlintas di fikiran kita tentang tahun baru hijrah ataupun tahun baru masihi. Ketika kita telah pun berganjak melepasi bulan Muharam dan Januari, sekali lagi inginku dendangkan lagu hijrah yang senonim dengan azam-azam baru. Sengaja aku membicarakan tentang hijrah ini agak lewat semata-mata untuk mengelakkan kita tertumpu membina azam-azam baru pada bulan2 tersebut.Seorang ulamak kelantan ada menyebutkan, tiap-tiap hari yang berlalu itu adalah tahun baru bagimu. Di kala pagimu memancarkan cahayanya, di kala burung keluar mencari rezeki, perbaharuilah niatmu untuk berhijrah dan berubah ke arah lebih baik, kuatkan semangatmu, peganglah tali-tali Allah dan istiqomahlah pada jalanNya.

Jika tiada yang ingin memimpinmu, adukan nasibmu padaNya..
Ya Allah! Aku ingin berubah..
Ya Allah! kurniakan Aku hidayahmu..
Ya Allah! kurniakan ruang dan teman untuk aku berubah..berubah kepada yang lebih baik mencari redhaMu..

Aku yakin seyakinnya pertolongan Allah itu amat dekat pada orang yang mendambakan rahmatNya dengan air mata, dengan hati ikhlas dan dengan tunduk tawadduk. Tidak yakinkah kamu dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka Allah pada Nabinya di Gua Thur, pada Mariam yang kelaparan dengan buah TamarNya dan pemurahnya Allah mengampuni dosa pemuda yang telah membunuh 100 jiwa manusia. Tidak yakinkah lagi kamu padaNya???

Ayuh berubahlah wahai temanku, jika ada teori yang mengatakan kita perlu berubah dari dalam dahulu, aku ingin mengatakan sebaliknya. Jika sebuah lori yang sarat membawa tembikai kemalangan di tengah jalan, masakan buah durian yang tergolek keluar dari lori itu. Begitulah kita, luaran mencerminkan apa yang tersirat di dalam hati kita.
Jika sebelum ini kita tidak malu melakukan dosa sebesar biji sawi, kenapa kita perlu malu melakukan kebaikan cuma sebesar zarah?

Buat mereka yang hanya bersandar pada tiang-tiang masjid, segera sandarkan dirimu pada tiang-tiang masyarakat. Ramai yang mendambakan sentuhan imanmu, peringatan lidahmu. Ulamak yang bergaul dengan masyarakat lebih baik dari ulamak yang bersendirian. Luaskan ruang lingkup pergaulanmu, bukan hanya dengan insan-insan sefikrah denganmu, dan murahkanlah senyumanmu mencari 'teman' baru, biar terbias nur imanmu padanya. Nasihatku padamu dan padaku..InsyaAllah.

Dan buat yang insan yang tak ku kenali, diri ini bukan insan terbaik yang mampu memberi pandangan dan pendapat. Namun tidak akan ku tinggalkan mu tanpa aku mengatakan sesuatu mengikut kemampuanku. Akhirnya,ku tinggalkan tajuk ini dengan kata-kata Sa'id Hawwa :

" Perjalanan menuju Allah maksudnya berpindah daripada jiwa tidak suci menuju jiwa yang suci bersih dan dari akal yang tidak Islamik menuju akal yang Islamik dan daripada hati yang bersifat kafir, munafik, sakit atau kesat menuju hati memiliki ketenteraman (muthmainnah) dan sihat sejahtera.."

salam ampun dan maaf jika terkasar bahasa mahupun kekurangan ilmu.

-Insan Yang Banyak Kekurangan dan Kelemahan
0211am