Siapa Yang Pemurah  

Posted by John alFarouq


Sesungguhnya Allah telah berfirman (dalam hadis qudsi) seraya berkata:

"Wahai hamba-Ku, apabila engkau telah bertaubat kemudian engkau membatalkan ikrarmu, maka janganlah merasa malu untuk kembali kepada Kami buat kali kedua kalinya maka janganlah engkau terhalang oleh perasaan malu untuk mendatangi Kami buat kali ketiga. Kembalilah kepada Kami walaupun untuk kali keempat kalinya. Kerana Aku adalah Tuhan Yang Maha Pemurah tidak pernah bersifat kikir sama sekali. Aku adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf dan Lambat Marah(halim) tidak suka bergegas dalam memberikan seksaan dan balasan. Aku Tuhan yang suka menutupi dan menyembunyikan (aib) orang yang berbuat maksiat, sentiasa menerima orang yang ingin bertaubat, memaafkan orang yang melakukan kesalahan, menaruh belas kasihan terhadap orang yang menyesali kesilapannya. Aku adalah Tuhan yang Maha Pengasih daripada semua yang bersifat pengasih. Siapakah yang pernah mendatangi pintu rahmat Kami lalu Kami tolak? Siapakah yang pernah memohon perlindungan kami lalu Kami usir? Siapakah yang bermaksud bertaubat kepada Kami lalu Kami tidak menerimanya? Siapakah yang pernah memohon sesuatu kepada Kami lalu kami menghampakannya? Siapakah yang memohon kemaafan daripada dosa yang dilakukannya lantas Kami tidak memberi keampunan kepadanya? Aku adalah Tuhan yang mengampunkan segala dosa, menyembunyikan cacat cela, menghulurkan bantuan kepada orang yang ditimpa malapetaka(termasuk bencana dosa dan noda), menaruh belas kasihan terhadap orang yang menangisi dan meratapi dosanya. Dan aku adalah Tuhan yang Maha Tahu perkara yang Ghaib"

This entry was posted on Monday, February 22, 2010 at 9:43 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment