Salasilah Keluarga Haji Abdul Qodir  

Posted by John alFarouq



"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah diriku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, sanak saudaraku, sahabat-sahabatku dan seluruh ummat Islam. Amin ya Rabb"

Telah hampir 2tahun ku simpan cebisan nota ini setelah berkunjung ke rumah sepupu ayahku, Pok Teh (Zakaria Yaakob- bekas adun kemuning). Sempatku mencatit sedikit salasilah keluarga kami. Sedari kecil, menjelang raya beberapa kali aku mendengar ceramahnya di tanah perkuburan moyang-moyang kami(Labok, Machang) mengenai asal silah keluarga. 2009 baruku sempat bertanya terus kepadanya. Mungkin aku salah dengar dan nama yang dilupainya sedikit sebanyak mengurangkan maklumat yang ada. Akhirnya, hanya ini yang mampu ku catit. Moga ia menjadi kenangan dan sebarang penambahan atau pembetulan maklumat amat dialukan jika saudara-maraku membacanya.

Apa yang membezakan kami golongan muda sekarang adalah tidak mengenal golongan dewasa. Faktor budaya yang tidak seperti dulu mungkin menjadi faktor utama sistem taaruf sanak saudara semakin berkurangan. Jauh di sudut hati, jika pengembelingan tenaga berlaku, keluarga besar ini akan berjaya dikumpulkan. Dengan ini, sejarah sebenar keturunan akan dapat diketahui. Ini hanyalah cetusan minda kecil. Aku percaya, pada suatu masa akan ada usaha kearah tersebut akan dilakukan. Aku begitu mendambakannya.

Alim Ulama'

Mengikut pemerhatianku, semakin kurang alim ulama di akhir generasi ini. Kelantan pernah melalui zaman pemerintahan Islam dimana undang-undang Islam dikuatkuasakan. Janganlah berasa bangga dengan generasi terdahulu jika generasimu semakin jauh dengan Islam. Masihkah ada lagi generasi seperti mereka? Jadikanku sebahagian dari golongan yang mendapat tempat disisimu ya Allah...Amin



Haji Ismail bin Haji Abdul Majid bin Haji Abdul Qadir Al-Kelantani*

Ismail bin Haji Abdul Majid disebut juga Ismail Pontianak. Ismail Kelantan, Ismail Labok. Ulama besar yang terkenal di Kalimantan Barat. Lahir di Kampung Labok, Macang, Kelantan 1876 M (1293 H). Menempuh pendidikan awal didapat di Kelantan kemudian belajar ke Makkah mengikuti majelis pengajian Syeikh Ahmad Al-Fatani dilanjutkan kepada Saiyid Abdullah az-Zawawi, Syeikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah at-Tarmasi berasal dari Termas (Jawa) ulama besar mazhab Syafie ahli dalam ilmu hadist. Pendidikan khusus tentang Ilmu Falak dipelajari dari Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fatani. Pengajian di tanah suci mendapatkan beberapa ilmu pengetahuan ilmu Usuluddin, Fiqih,Quran dan Hadist kemudian kembali ke Kelantan pada tahun 1325 H bersamaan 1907 M. Kepulangannya ketanah air akibat dari terjadinya permasalahan kaum Wahabi yang mengejar ulama yang bertentangan dengan penguasa.

Informasi dari Syeikh Abdur Rani Mahmud al-Yamani (Ketua Majelis Ulama Kalimantan Barat) Ismail Kelantan adalah orang yang pertama menyebarluaskan ilmu falak di Pontianak, khususnya di Kalimantan Barat. Di Pontianak Ismail al-Kelantani mengunjungi ulama yang berasal dari Kedah Syeikh Muhammad Yasin dan Haji Wan Nik adalah seorang ulama sufi berasal dari Patani, Selatan Thailand dan tinggal di Kuala Secapa. Mempawah Kalimantan Barat.

Lanjut rujuk : http://ace-informasibudaya.blogspot.com/2010/01/v-behaviorurldefaultvml-o_25.html

This entry was posted on Wednesday, December 29, 2010 at 9:26 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 comments

Assalamualaikum... molek ni..Ambo Dr titih Hj Abdullah..Wasap Ambo 01133539378 Yusran labok

July 2, 2017 at 8:35 PM

Assalamualaikum... molek ni..Ambo Dr titih Hj Abdullah..Wasap Ambo 01133539378 Yusran labok

July 2, 2017 at 8:36 PM

Post a Comment