Barisan ke-5 (Part 1?)  

Posted by John alFarouq


Inginku nukilkan kisah dongeng ini. Sebuah keluarga besar mempunyai 55 orang adik-beradik. Benarkah? Mungkin ibu ayah mereka lebih dari satu. Aduuss, ramainya. Maka banyaklah ragamnya. Si abang buat kepala, si adik merajuk sana. Kadang-kadang tiada beza abang atau adik, semua ala-ala mesra. Kakak-kakak sibuk sesama mereka, abang-abang segan bertanya. Lain jantina katanya, main masak-masak berbeza dengan bermain galah panjang. Hiduplah dalam dunia mereka sendiri. Makin lama bersama, semakin jelas matlamat. Yang menjadi penghulu bernama Lamin. Penghuluwati pulak bernama Lakimah. Keras usaha mereka mendamaikan dan mengeratkan adik beradik. Yang bernama Sal hanya tersenyum melihat gelagat keduanya. Kesian pun ada. Yang lain buat tak tahu jer. Tidak semua tapi ada yang sebegitu. Biasalah, main dengan ramai-ramai ni.

To be continue..

This entry was posted on Monday, December 20, 2010 at 6:57 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment