Membina Sirah Diri - Tribute Untuk Muharram  

Posted by John alFarouq


Bismillah, dengan nama Allah pembuka bicara saat ini.

Sesungguhnya, di antara bulan yang tidak dipandang sepi adalah bulan Muharram. Sahabat boleh merujuk kepada mana-mana sumber berkaitan sirah yang berlaku pada bulan ini iaitu pada hari Assyura tanggal 10Muharram. Ada hadith menyebut..

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Assyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Membina Sirah Diri

9 Muharram dan 10 Muharram (Hari Assyura) adalah hari yang digalakkan berpuasa sunat. Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram seperti yang tersebut dalam hadith diatas, antaranya dijadikan Nabi Adam dan Hawa, diampunkan dosa Nabi Adam dan Nabi Daud serta menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub selepas lama menderita. Jika diteliti dari bacaan di atas, seolah-olah hari tersebut kita telah dilahirkan kembali. Dalam erti kata lain, lahirnya jiwa yang segar selepas memohon keampunan dari Allah ataupun leganya sebuah hati yang diselamatkan Allah dari malapetaka. Selepas itu, rentetan baru dalam perjalanan kehidupan dimulakan kembali.

Ayuh letak diri kita di tempat Nabi Adam, Nabi Daud dan Nabi Ayyub dan membina sirah diri. Jadikan Hari Assyura hari pertama kita di dunia dengan hati yang tenang, jiwa yang bersemangat untuk menongkah arus merealisasikan Islam pada fantasi zaman ini. Mohonlah keampunan daripada Allah semohon-mohonnya. Lepaskan keresahan hatimu selepas-lepasnya. Syukuri apa yang kau miliki sekarang sesyukur-syukurnya. Dan hari esok, jadilah dirimu pemikir ummat bukan pemikir diri sendiri.

Sahabat, usahlah mereka-reka kesedihan. Lapangkan dadamu setelah lama tersepit dengan pemikiran dalam kotak. Aku ingin mendengar ucapan semangat darimu, bukan ucapan kusammu. Setiap dari kamu adalah pemimpin yang memimpin dan dipimpin. Memimpin orang dibawah jagaanmu dan dipimpin syariat Islam yang syumul. Andai kami tersasar, betulkan jalan kami. Jika kami terlupa, ingatkanlah kami. Namun, sebelum itu jadilah kamu insan yang bertaqwa terlebih dahulu agar kita dapat memimpin masa hadapan.



SaLam PerjuangaN..
Insan yang Hina diSisi Tuhannya
Baiti Jannati IM8
9Muharram 1432H
1558




This entry was posted on Sunday, December 12, 2010 at 11:21 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment