Tribute Buat Sahabat & Sebentuk Cincin Perak  

Posted by John alFarouq


Ramadhan semakin genting. Syawal tanda kemenangan kian melambai-lambai pada para pejuang penentang nafsu. Banyak majlis kian diatur selari dengan kemenangan tersebut. Termasuklah majlis-majlis perkahwinan sahabat sama ada mereka sendiri ataupun ahli keluarga.

Hatiku berbunga melihat kegembiraan mereka untuk menyempurnakan sebahagian daripada iman. Cemburu pada ibadah mereka menjentik-jentik hati kecilku. Tatkala itu, diriku yang kerdil ini terdetik untuk meluahkan harapan para pemuda mukmin terhadap seluruh kaum bergelar Hawa ini.

Hadith ada menyebut bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selepas membaca hadith ini, secara kasarnya terbahagilah kaum Hawa kepada empat golongan. Maka semakin mengecillah jumlah kaum Hawa tadi (yang menjadi harapan pemuda mukmin) kepada satu jumlah yang kita boleh katakan terlalu sukar untuk ditemui. Dan dari jumlah itu pula, ruang lingkupnya wanita beragama kian menjurus kepada insan yang dikenali oleh seseorang pemuda itu. Allah berfirman dalam Al-Quran:

" Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu."

(04:01)

Dalam hadith shahih pula ada menyebutkan:

“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.”

(HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)

Rentetan dari mereka yang dikenali oleh pemuda itu, diciptakan seseorang dari dirinya sendiri seorang wanita. Wahai sahabatku Mohd Naim Bin Rahim, maka berbahagilah engkau dengan pilihan yang terpilih dari seluruh kaum Hawa untukmu. Moga ikatan yang bakal terselit kegembiraan, ketenangan dan kecemburuan itu mendapat redha dari Allah. "Barakallahu lakuma, wa baraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fil khair."

Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka kerana masih tidak berpeluang menjejaki sahabatku ini. Andai Rasulullah pernah menikahkan sahabatnya dengan mahar sebentuk cincin besi atau selembar hafalan Al-Quran dan masih ada wanita yang menyambutnya..Maka aku yang hanya ada sebentuk cincin perak dan sepotong ayat hafalan, adakah masih ada muslimah abad ini yang sanggup menyambutnya??? Jawapanku buat masa ini,Tiada...


Insan Hina diSisi Tuhannya

Masjid Ampuan Afzan dan Teratak Bujang

0825 3hb9 2010





This entry was posted on Thursday, September 2, 2010 at 5:40 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment