Kamu milik siapa?  

Posted by John alFarouq


Salam dan selawat buat kekasihku junjungan besar Nabi Muhammad saw. Insan mulia yang hilang tiada ganti. Tidak pernah bersua tapi rindu kian membara untuk bertemu denganmu. Berlalunya bulan ini tanpa sekeping entry baru, menggambarkan sesuatu yang tidak kena pada diriku. Ujian demi ujian datang membangkitkan aku dari tidur. Seperti kata-kata seorang sahabat, jangan biar Allah memaksamu untuk mengiatiNya. Kelalaianku menempah duka bagiku. Namun Allah masih mengasihiku dengan memberi nikmat dihujung kedukaan itu. Jadikan diriku ya Allah dikalangan hamba yang bersyukur.

" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar " (02:155)

Suatu ketika dulu, aku pernah berdoa..

"Sibukkan diri ini ya Allah dengan urusanMu, agar aku tiada masa untuk melakukan maksiat kepadaMu".

Maka Engkau perkenankan doaku. Hari ini aku ingin berdoa lagi,

" Ya Allah, pandukan diriku dalam kesibukan urusanMu. Agar diri tiada kenal erti malu,takut dan lemah semangat untuk mendokong agamaMu. Dan kurniakan bagiku seorang teman sejati sebagaimana Engkau mengurniakan Abu Bakar buat Rasulullah, Fatimah buat Ali dan Umar Abdul Aziz buat ummah selepas Khalifah al-Rasyidin ".

Imam Hassan Al-Banna pernah mengatakan, "Tanggungjawab melebihi masa yang ada". Fikiranku merungkaikan seolah-olah ia membawa makna kita tiada masa langsung untuk bermain-main. Semua masa yang ada adalah melunaskan amanah sebagai hamba. Ataupun ia memberi erti motivasi agar kita terus menerus menggalas tanggungjawab sehingga akhir hayat. Apapun makna sebenarnya, itulah yang sepatut kita lakukan. Jika ditanya oleh teman-temanmu, kamu milik siapa? Berkatalah "Aku milik ummat!"

Dalamku aku hak mereka,
Luarku aku hak mereka
Dimana hakku
Jangan dipinta hak itu
Mana-mana yang benar
Aku sendiri datang berserah diri

"Salam NisFu Sya'aban"

-Insan Hina di sisi Tuhannya-
Sejenak sebelum pulang bertemu ayahanda
(diriku tiada disisimu bila diperlu)
Teratak Bujang IM8
27hb10 (2132)