Melebihi separuh Ramadhan sudah diri meniti hari-hari di bulan yang mulia ini. Pantas, cepat, deras, tidak tahu mana satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan fenomena perasaan terhadap masa. Fasa maghfirah seperti yang tersebut kini menghampiri ke penghujung. Pertama, apakah diri kita telah cukup meminta keampunan yang Maha Agung? Kedua, apakah dosa-dosa kita telah terampun. Ketiga dan yang paling penting, apakah diri kita menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan?
Sebenar-benar taubat adalah menyesali akan dosa-dosa semalam. Kesungguhan diri berubah akan menyusur keampunan kemudiannya. Jangan ditanya cukup atau tidak rintihan taubat kita kerana jiwa yang lemah ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa, sedar atau tidak. Andai dapat ku tahan bulan ini, akan ku tahan....kerana kesibukan duniawi membataskan aku mencium haruman sebenar Ramadhan. Moga kesibukan itu ibadah, bisa melegakan hati yang tandus ini.
Insan hina Disisi Tuhannya
Tiada daya menulis kerana kesibukan
Mengubat hati yang luka
Artikel pendek ini ku sampaikan
Wallahua'lam
0118 29hb ogos

This entry was posted
on Thursday, August 12, 2010
at 8:00 AM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.