Harapan Ramadhan  

Posted by John alFarouq

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Lagu: Man Bai feat Raihan


Dua tahun lalu, malam terakhir tarawih..sempatku berusrah di Masjid Langgar bersama-sama teman Ikhwanul Aminin selepas berbuka di Restoran Tarbus milik mantan ustaz kami di MML (sepatutnya berbuka di restoran namun kerana ramai kami hanya berbuka di masjid). Aku masih ingat kata-kataku pada malam itu, apakah aku masih sempat merasai Ramadhan seterusnya. Kini, bukan setakat setahun selepas itu tapi tahun ini juga aku masih dapat bernafas dengan oksigen di bulan Ramadhan yang berkat ini. Hakikat ini membuktikan yang Allah masih ingin memberi peluang untuk kita menjadikan ia bulan tarbiyah dan muhasabah.

Moga Ramadhan kali ini tidak menjanjikan harapan tetapi kenyataan. Allah membuka pintu doa buat hambanya untuk diperkenankan. Kala malam hari, lapangkan masamu untuk merintih kepada Tuhanmu. Luangkan masamu untuk merayu kepada Tuhanmu. Kerna diri ini kerdil dan lemah. Wahai teman sekalian, ambillah peluang ini untuk meminta keampunan agar ia menjadi doa mustajab bukan terhijab.

aHLan WasaHLan..Marhaban
aHLan WasaHLan Ya RaMadHan


Insan Hina diSisi Tuhannya
Teratak Bujang
0041 11hb8

This entry was posted on Tuesday, August 10, 2010 at 9:19 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment