Di subuh yang hening, badanku disapa angin malam yang agak berlainan. Sejuknya menyentap hingga ke tulangku. Sayup-sayup ku terdengar azan dilaungkan. Suara mu'azzinnya menyentap jiwaku. Dadaku sesak bagaikan memahaminya lebih dari biasa. Suara yang bisa menggemakan alam buana. Bagaikan memahami persoalan yang timbul di benak fikiranku, gemersik satu suara menerangkan, " Itulah Bilal bin Rabah, si mu'azzin ummat Islam.." Aku mencari-cari arah suara itu. Aku pasti ia datang dari satu sudut namun suasana kelam membataskan pandanganku.
Aku terus bangun mencari air untuk berwuduk. Setelah selesai, aku membuka pintu rumah yang langsung menghadap masjid. Orang mula berpusu-pusu ke situ bagaikan solat Jumaat. Perkara yang tidak pernah aku lihat sebelum ini pada waktu solat Subuh. Aku berjalan perlahan-lahan menuju saff pertama di belakang Imam. Iqamat dilaungkan, solat dimulakan, "Allahuakhbar.." dan aku hanyut dalam keasyikkan menghadap Rabb. Selesai solat, aku termenung. Begitu tertib Imam itu. Bacaannya, rukuk'nya, sujudnya terlalu sempurna. Aku mula bangun untuk meninggalkan masjid lalu terdengar seseorang membaca Al-Quran. Aku berhenti sejenak mendengar alunan suara merdunya yang seakan-akan Nabi Daud. Beliau membacakan surah Al-A'raaf ayat 204. Ertinya: "Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat." Tahulah aku bahawa itu adalah Abu Musa Al-Shaari. Insan yang mampu melambatkan perjalanan sesiapa pun dengan kemerduan suaranya.
Aku meneruskan perjalananku ke pasar. Turun dari tangga masjid, aku berjumpa dengan sekumpulan kanak-kanak berlatih pedang. Kekhusukkan mereka meyebabkan salah seorang darinya hampir melanggarku. Aku sempat bertanyakan namanya dan anak kecil itu menjawab pantas " Aku Usamah bin Zaid.." sambil terus berlari menyambung latihan. Aku tersenyum manis memandang gerak-gerinya. Dari celah lorong-lorong rumah yang ku lalui, aku dapati sepasang manusia sedang berurusan. Lelaki itu mengeluarkan wang dan membayar untuk seorang hamba. Kemudian dengan gembira beliau memeluk hamba itu sambil mulut mengatakan " Kini engkau telah merdeka.." Aku cuba mengejar mereka tapi tiada sempat. Aku bertanya pada orang yang menerima wang itu, siapa yang membeli hamba tadi. Jawabnya, " Itu Abu Bakar As-Siddiq, orang yang paling pemurah!" Aku terharu.
Di pasar aku cuba membeli kurma. Aku pergi pada insan yang tenang bila melihatnya. Mulut tidak kering mengucapkan zikir sambil menunggu pelanggan. Tertera nama kedai dalam bahasa arab "Kurma Abdurrahman bin Auf". Timbangan melebihi dari sepatutnya. Aku menegur namun mulutnya hanya menyatakan " Sedaqoh, sedeqoh!" Aku mula keluar dari pasar, sekumpulan tentera berkuda berlalu. Ramai yang melambai kearah mereka sambil berbisik. "Itulah panglima-panglima Islam. Antaranya Khalid al-Walid dan Umar al-Khattab. Pembawa bendera itu adalah Saad bin Ubadah." Gagah dan perkasa, itu yang mampu aku katakan. Dari jauh aku terpandang rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam yang sesak ngn manusia membuat usrah dan halaqoh. Tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki sambil membawa kucing di tangan singgah dari rumah ke rumah. Aku mengekorinya. Dia mengulang-ulang sebuah hadis. Setiap rumah meyambutnya dengan syukur dan terus menghafal hadis dari mulutnya.
Lelaki itu memandangku kemudian menghampiriku. Dia mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar seutuhnya.” Aku bertanya padanya. "Siapa kamu?Dari mana kamu mendengarnya?" "Aku Abu Hurairah. Aku mendengarnya terus dari Rasulullah." Ak bertanya padanya lagi " Dimana Rasulullah? Aku tidak melihatnya.." Abu Hurairah berkata, " Tidakkah kamu solat bersamanya Subuh tadi?" Aku terdiam dan terus berlari ke masjid.
"Ya Rasulullah! Ya Rasulullah!" Air mataku menitis. Tiada orang disana. Tiada orang di rumah. Tiada orang dimana-mana. Aku kembali dari bayangan mindaku. Tahulah aku Engkaulah ya Rasulullah berkata-kata selepas bangunku, mengimami solatku. Ini bukan mimpi, kerna mimpi pun aku tak mampu untuk bertemu denganmu wahai kekasih hati. Hanya bayangan minda yang mampu bertemu denganmu, sahabatmu dan hidup dalam suasana zamanmu. Jika sejenak lagi kau di sampingku, hanya satu yang ingin ku katakan...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Moga kasihku padamu melebihi dari segalanya..Amin
Insan Hina di sisi Tuhannya
Teratak Bujang
0245
4hb8 2010

This entry was posted
on Tuesday, August 3, 2010
at 8:38 AM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.