SaLam ImTiHaN...  

Posted by John alFarouq




Ya Allah segala puji hanya bagiMu, agak lama tiada masa untuk menulis. Cuba mencari ruang di antara waktu yang ada, akhirnya aku ketemu juga kesempatan untuk berbicara tanpa suara. Lamunan aku saat ini membayangkan dua orang tokoh yang banyak membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW pada saat awal penyebaran Islam di Mekah. Abu Thalib...Abu Thalib adalah seorang yang memiliki kewibawaan di tengah-tengah kaum Quraisy, sehingga usaha kaum Quraisy untuk menyakiti Nabi menjadi terbatas ketika mereka berhadapan dengan "tembok perlindungan" Abu Thalib. Sedangkan Khadijah merupakan tempat perlindungan dan kedamaian bagi Nabi. Ia adalah hati yang sangat penyayang yang banyak menghibur Nabi saat beliau berdakwah. Khadijah adalah sebaik-baik teman dan sebaik-baik isteri. Begitu juga, bagi Khadijah Rasulullah saw adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik suami, sebaik-baik pembantu, dan sebaik-baik sahabat.

Namun pada saat Allah mengambil nyawa kedua-dua tokoh ini, Rasulullah saw sangat sedih ketika kehilangan mereka yang sangat berpengaruh dalam kehidupannya itu, bahkan para sejarawan menamakan tahun tersebut dengan tahun kesedihan. Ini adalah ujian besar bagi Nabi. kemudian nabi ke Thaif dan kita sedia maklum apa yang berlaku. Ini adalah ujian besar bagi Nabi. Para sahabat juga ditindas dengan penderitaan-penderitaan dari sudut fizikal dan mental di Mekah.Ini juga adalah ujian besar bagi Nabi. Rangkuman peristiwa demi peristiwa apa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang sejarah kehidupan Baginda menggambarkan ujian yang tidak putus-putus. Biarpun Allah telah menjanjikan agama Islam itu akan terpelihara, Al-Quran itu terpelihara dan nyawa Nabi juga terpelihara namun susur jalur perjuangan itu adalah sukar dan berliku. Ini memberikan kita satu 'signal' bahawa setiap sesuatu itu ada kesukaran bagaikan berjalan di dalam terowong yang gelap menuju ke satu titik cahaya kesenangan dihujungnya.

Aku cuba mengeluarkan satu formula mengatakan bahawa ujian itu adalah exam dan exam itu adalah imtihan UJIAN=EXAM=IMTIHAN. Secara sedar kita boleh mengatakan itu adalah perbezaan bahasa- melayu,english,arab tetapi maknanya sama. Namun, 'perasaan' atau 'rasa' yang kita alami sekarang menghadapi final exam di pusat-pusat pengajian amat berbeza dengan ujian/exam yang dialami oleh Nabi biarpun pada sudut bahasa membawa maksud yang sama. Perbezaan perasaan menerima ujian (exam) inilah yang cuba ku samakan. Bagaimana? Soalan yang belum lagi terjawab bilaku ajukan pada sahabatku Saifudin. Aku terfikir akan satu jawapan dari jawapan-jawapan yang belum terjawab, merasai exam ni sebagai salah satu cara untuk mendapatkan secebis ilmu yang barakah. Dan dengan ilmu itu, dapat kita aplikasikan dalam membangunkan Islam. Kita masih lagi ketandusan para ilmuan yang dapat mengusai dunia untuk membentuk ekonomi Islam, politik Islam, undang-undang Islam, pendidikan Islam ataupun ketenteraan Islam.

Ayuh kita berfikir sedikit jauh untuk menjadi ilmuan Islam yang MENGUASAI DUNIA. Tidak salah jika ku katakan ujian yang kita hadapi sekarang untuk mengambil alih dunia amat sukar dicapai. Bukan sekadar mengambil ujian ini hanya untuk mencantikkan gred tetapi mengusai ilmu tersebut. Dengan ini, aku cuba serap 'siksa' menghadapi ujian ini sebagaimana sabarnya Nabi menghadapi ujian-ujian dari Allah. Mudah-mudahan keperitan kita untuk 'MENGUASAI DUNIA' bertemu titik keperitan yang sama dengan Nabi pada awal 'MENYEBARKAN ISLAM.' Apa yang cuba disampaikan adalah untuk membawa kita menaiki kapal yang sama dengan Nabi. Keperitan menghadapi ujian,exam dan imtihan untuk apa??? Ujian untuk memartabatkan Islam yang tinggi dan tiada yang tinggi lebih darinya.

Insan yang Hina di Sisi Tuhannya..

This entry was posted on Thursday, March 25, 2010 at 3:24 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment