Tidak Mampu Menulis  

Posted by John alFarouq

Dengan nama Tuhanku yang Maha Pengasih..

Bukan ku tidak mahu mencoret sesuatu di halaman kerinduan syurga ini. Tapi aku telah lama hanyut dibawa arus entah kemana. Masih lagi dibelenggu dosa yang tidak kesudahan. Titik-titik hitam menggelapkan hatiku. Berlari-lari mencari apakah ada hati lain yang mampu menggantikan hati hitamku.

Sedih, kerana aku tidak temuinya. Hendak atau tidak, duduk tertunduklah aku membersihkan hati kusam ini. Malunya pada sang Pencipta yang menyaksikan kenazakan hatiku. Resah berpanjangan tiada henti. Tidak cukup hanya sekadar istigfar bagi pelaku dosa ini. Apakah lagi yang mampu ku lakukan?

Tidak mahu ku janjikan apa-apa takut termakan janji. Wangi Ramadhan menghampiriku dan seluruh ummat yang merindukan keberkatan bulan tersebut. Adakah Ramadhan kali ini dapat ku sampai padanya?

Wahai HATI...janganlah engkau MATI

This entry was posted on Monday, July 25, 2011 at 9:55 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment