Fitrah Dalam Redha Allah  

Posted by John alFarouq




"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi, yang mengutuskan Nabi Muhammad saw untuk memberi rahmat untuk sekalian alam. Sudah lama pena ini tidak berbicara, justeru akal pemikiran pun kian tumpul. Jom kita asahnya kembali.

Desas-desus pada awalnya sehinggalah pengisytiharan walimah para sahabat bagaikan mewarnai cuti kali ini. Sebagai insan yang dijemput pun mula menghitung hari apatah lagi bagi mereka yang ingin melewatinya. Berdebar kan? Melihat si dia melafazkan akad ataupun melihat si dia manis bersimpuh di satu sudut. Semuanya menjadi tumpuan anak mata hadirin kedua-dua pihak.

Inilah fitrah manusia, mengejar bahagia didunia. Tiada salahnya berbanding bermaksiat kepadaNya. Hari ini, terpandang satu artikel di dada akhbar penemuan bayi perempuan tersangkut di sungai. Tidak ku baca, GERAM. Inilah kesan mengejar kehendak fitrah tanpa selari dengan redha Allah. Sanggupkah kamu mengecap nikmat sementara berbanding nikmat yang panjang?

Semakin ramai telah menyempurnakan sebahagian iman mereka. Dan kini sedang cuba mengecapi sebahagian yang lain. Syabas ku ucapkan. “Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin".



Kepada yang tengah berkira-kira, carilah nilai fitrah dalam erti mendapat keredhaan dari Allah. Biar sedikit lambat asal nikmatnya nanti lebih manis dari madu. Sementara menanti saat itu, ambillah senaskah Al-Quran kemudian bacalah agar hatimu tenteram,tunduk dan patuh. Sedangkan sang bukit yang keras akur dengan kehebatan isinya, apatah lagi sebuku hati yang tidak bermaya ini. Agar kita sama-sama mendapat rahmat yang sama dari Allah buat hambanya yang rajin berfikir.

Terima Kasih kepada sesiapa yang telah mengenyangkanku dengan gulai kawah=)

Salam sayang Buat Mereka...


Makmal Mikrobiologi,USM
1hb Jun 2011 1720

This entry was posted on Tuesday, May 31, 2011 at 8:33 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment