.:Nukil Namaku diSisiMu:.  

Posted by John alFarouq



"Berdoalah padaKu, Aku akan memperkenankan..." (QS 40:60)

Lewat setiap hari, kita akan selalu berfikir (muhasabah), alangkah nikmatnya dunia (bagi mereka yang senang hati) atau alangkah peritnya dunia (bagi mereka yang susah hati). Kesenangan dan kesusahan itu, membawa maksud ujian yang tersendiri. Namun, ujian berupa kesusahan itu lebih dirasai, berbanding ujian kesenangan yang langsung kebanyakan orang tidak sedar.

Seseorang pernah berkata, Allah menguji kita pada titik yang paling lemah. Mengapa? Kerana Allah ingin melihat tahap keimanan hamba-hambaNya yang bersabar setelah dibiarkan manusia itu berkata.."Aku telahpun beriman."...sedangkan tiada ujian yang menimpanya.

Dek ujian inilah, syaitan membawa bisikan-bisikan yang melemahkan manusia. Ketahuilah, syaitan adalah musuh yang paling nyata dan wajib ke atas kita untuk melawannya. Allah menyebut dalam surah fussilat:36:


"Dan jika Syaitan menggangumu dengan sesuatu godaan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Ketahuilah, Syaitan-syaitan ini tidak mempunyai kekuasaan untuk mengganggu manusia melainkan dengan izin Allah. Sebagaimana Allah mengizinkan para Syaitan untuk menguji Nabi Ayyub untuk membuktikan kepada Syaitan itu sendiri bahawa Baginda merupakan seorang hamba Allah yang paling sabar. Cuba letak diri kita di tempat Nabi Ayyub. Sedarkah? ini merupakan ujian yang menunjukkan Allah kasih terhadap Nabi Ayyub? Tatkala itu, Allah menukilkan kisah hamba kesayanganNya ini di dalam Al-Quran:

"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (QS. al-Anbiya': 83-84)

Tidakkah kamu mahu Allah menukilkan kesabaranMu disisiNya?

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Wahai diri, bersabarlah. Kerana berkat kesabaran itu menjadikan darjat kita semakin tinggi. Lawanlah putus asamu walau dengan air mata, jangan sesekali mengalah. Putus asa bukan sifat orang beriman kerana disitu letaknya nilaian Allah pada kita.Sabar dan Solat..moga-moga Allah bersamamu.............Ameen

-Wahai Tuhan..NukiL Namaku diSisiMu-