Melihat Ust Noraazman di kaca TV mengepalai rakyat Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, diriku mengimbau kenangan siri tazkirahnya di Petaling Jaya. Halus dan bersahaja dalam ucapan, namun tetap membekas pada siapa yang mendengarnya.
" Sayang pada maksiat.."
Itulah antara ayat yang tidak dapat aku lupakan. Kita sayang dan rugi jika tidak meninggalkan perkara yang mendorong kepada maksiat. Sebagai contoh, kita sayang jika meninggalkan perkataan-perkataan yang 'menceritakan' tentang si polan, kita sayang jika meninggalkan 'pandangan' mata yang melihat dan kita sayang meninggalkan suara-suara fitnah. Muhasabah itu perlu ada. Di manakah level kita sebenarnya???
Manusia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap;
Bersama kita renungkan, dimanakah tahap kita sebenarnya? Adakah sekadar melaungkan anti-yahudi tapi tidak membawa apa-apa makna. Namun, usaha ini harus diteruskan walau siapa pun kita.Level kita harus ditingkatkan, dari insan yang pernah melakukan maksiat menjadi insan yang bersih hatinya dan yakin untuk syahid.
Cuma, lambaian Gaza itu masih mengintai-ngintai di celah-celah tembok pada insan yang hatinya subur dengan semangat jihad dan rindu bertemu Allah. Justeru, semailah semangat ini pada jiwa generasi baru kita agar merasa bumi palestin itu bumi Ummat Islam. Akhirnya, lambaian mereka dapat kita sambut dengan pemecahan tembok penjara terbesar. Kerana apa?
Kerana apabila kerinduan syurga itu menghamburkan merbak kasturi...dan aku merindui syahid.
Insan Hina Disisi Tuhannya
-Machang-

- orang yg menggelumang dengan dosa
- orang baik (tapi tidak tahu apa-apa)
- orang baik tapi sayang pada maksiat(tidak istiqomah)
- orang baik dan istiqomah
- orang yang berjihad
Bersama kita renungkan, dimanakah tahap kita sebenarnya? Adakah sekadar melaungkan anti-yahudi tapi tidak membawa apa-apa makna. Namun, usaha ini harus diteruskan walau siapa pun kita.Level kita harus ditingkatkan, dari insan yang pernah melakukan maksiat menjadi insan yang bersih hatinya dan yakin untuk syahid.
Cuma, lambaian Gaza itu masih mengintai-ngintai di celah-celah tembok pada insan yang hatinya subur dengan semangat jihad dan rindu bertemu Allah. Justeru, semailah semangat ini pada jiwa generasi baru kita agar merasa bumi palestin itu bumi Ummat Islam. Akhirnya, lambaian mereka dapat kita sambut dengan pemecahan tembok penjara terbesar. Kerana apa?
Kerana apabila kerinduan syurga itu menghamburkan merbak kasturi...dan aku merindui syahid.
Insan Hina Disisi Tuhannya
-Machang-
This entry was posted
on Friday, June 4, 2010
at 8:31 AM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.