Stephen Covey vs Prof. Dr. Yusuf Qardhawi.
Sebaik sahaja selesai menjawab kertas soalan Parasite and Entomology, hatiku berat untuk memenuhi undangan teman karibku di UMP. Undangan ceramah Ust Hasrizal yang bertajuk Hikmah First Thing First dan Fiqh Al-Aulawiyat sedikit sebanyak menghilang dari kotak mindaku kerana terganggu dengan ujian sebentar tadi. Pantas, aku terus menekan nombor Hazmi. Setelah panggilan hampir tidak terjawab, terdengar juga sayup suara kawan baikku itu di hujung talian.
“Assalamua’laikum sa, camne?”(setelah di `translate’ ke bahasa baku) Kedengaran suara Hazmi memecah nada `ringtone` yang berbunyi.
“Wa’alaikumussalam. Emm baru abis exam ni. Terasa jauh plak UMP nak pergi. Dah ar takde teman. Frust skit dengan exam tadi sebenarnya.” Aku cuba mencari alasan menolak untuk ke sana.
Dah nama kawan baik, senang je nak cucuk aku untuk ubah keputusan. Tambahan pula, Azam dengan murah hati nak bagi pinjam motor LCnya. Tidak percaya pulak dia motor EX5 lamaku dapat memecut ke Gambang. Hatiku berdetik, mudahnya Allah ingin membuka jalan untukku. Teringat kata-kata Hazami sebentar tadi.
“Lepas tension sini ar sa haha,” sambil tergelak memujuk aku membuatkan hati aku tenang mendengarnya. Dengan sahabat Ikhwanul Aminin ni aku lemah sedikit.
Dengan sedikit persiapan, aku bertolak ke sana. Perjalan yang mengambil masa, membuatkan aku memikirkan beberapa perkara. Termasuklah mengapa aku tidak sebarkan message mengenai ceramah Ustaz pada kawan-kawan di UIA. Mungkin ‘first thinking’ aku pelajar-pelajar UIA sekarang tengah exam mode. Maka aku terus `ter`abaikan message tersebut dan menumpukan pada exam sehinggalah aku membuat keputusan saat akhir untuk ke sana. Dengan ini, aku kongsikan sedikit apa yang aku dapat dalam ceramah ustaz. Mungkin penyampaian aku berbeza dengan ustaz tapi harap kawan-kawan dapat mengambil isi-isi penting. Tambahan pula, sukar untuk aku huraikan dalam bentuk pena.
(Monolog diatas hadir dengan tiba-tiba)
DEMI MASA
“Demi masa. Sungguh, manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Al-Asr)
Permulaan Ustaz membicarakan tentang persamaan maksud Stephen Covey dalam buku yang membicarakan tentang First thing First dan buku Prof. Dr. Yusuf Qardhawi Fiqh Al-Aulawiyat. Tidak banyak huraian tentang mereka berdua tapi yang menjadi topik utama perbincangan adalah pandangan kita terhadap masa. Masa yang disebutkan dalam surah Al-Asr amat berbeza dengan masa (dahri) dalam surah Al-Insaan. Masa (Al-Asr) membawa maksud masa yang begitu terhad dan masa yang bisa meninggalkan. Bagi mereka mendalami maksud ayat ini, sudah cukup bagi mereka menjadikan ia sebagai bekalan. Ini kerana Allah telah menetapkan garis panduan orang-orang yang ditinggalkan masa (rugi) melainkan mereka yang mengerjakan amal kebaikan dan saling menasihati. Ini berbeza dengan masa (dahri) yang membawa maksud lebih kepada umum.
Di sini Ustaz menerapkan persepsi kita terhadap nilai masa. Analogi yang dibawa adalah apabila seorang pelajar Malaysia yang berada di Ireland mendapat kotak berisi kuih bahulu yang datang dari kampung.Pandangan mata kasar akan menafsirkan ia sejenis kuih bahulu,pandangan mata akal menafsirkan cara penyediaan kuih tersebut, pandangan nafsu akan bertanya selepas sudah abis makan (ish-ish) namun mata hati akan melihat penat seorang ibu menyediakan kuih bahulu untuk anak yang tercinta. Kita akan menghayati sesuatu nilai itu jika kita selami dengan mata hati betapa ia membawa makna yang mendalam.
Ada satu Hadis mengatakan, dari Nabi saw yang bermaksud:
“Hiduplah kamu didunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalan”
Ini mengungkaikan mengenai hidup yang sentiasa berjalan meninggalkan kita dan peranan kita adalah perlu berada didalam siap siaga sepanjang masa dan `alert` dengan apa yang berlaku. Sebelum mengakhiri slot pertama, aku tinggalkan sahabat-sahabat satu persoalan. Dimanakah kita berada selepas 80 tahun dari sekarang…?
00:57
::Insan yang Hina diSisi Tuhannya::

This entry was posted
on Friday, April 2, 2010
at 10:13 AM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.